FeysalKathiri

FeysalKathiri

Thursday, October 31, 2013

Frame Maker- Asal Nama2 Bukit Di Batu Pahat

Kali ini saya ingin berkongsi asal-usul nama2 bukit di Batu Pahat.

  • Bukit Jeragan.
Kisah bagaimana Bukit Jeragan mendapat namanya kononya bermula semasa pemerintahan Penghulu Pulau yang memerintah di Simpang Kanan, seorang Juragan kapal telah dijumpai terdampar di tepi Sungai Kundur(nama asal Sungai Batu Pahat)setelah kapalnya karam oleh anak2 buah Penghulu Pulau,malangnya juragan itu meninggal tidak lama selepas itu dan Penghulu mengarahkan juragan itu dikebumikan di atas Bukit Pantai yang akhirnya dikenali sebagai Bukit Jeragan(terletak berhampiran pejabat Kastam Batu Pahat).

  • Bukit Soga
Semasa pembukaan Batu Pahat terdapat sebuah kawasan bukit yang terdapat banyak rotan 'sega',ramai orang yang berulang alik mengambil rotan di bukit ini termasuklah orang dari Kampar Riau.Di dalam pelat orang Kampar rotan ini dipanggil 'soga',lama kelamaan nama itu menjadi terkenal dan dari sinilah Bukit Soga mendapat namanya kerana terdapat banyaknya rotan jenis ini di situ.

  • Bukit Cermai
Bukit Cermai adalah kawasan perkuburan orang Islam yang terawal di Batu Pahat,nama asal Bukit Cermai adalah Bukit Basariah.terletak di Jalan Tanjung Laboh.Dikatakan nama bukit ini menjadi terkenal dengan panggilan Bukit Cermai adalah mengambil sempena nama orang pertama yang dikebumikan di situ iaitu 'Cik Mai'.

Wallahualam 
Rujuk Persatuan Sejarah Batu Pahat untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment